Friday 27 December 2019

ADDA DENTAL THROWBACK

THROWBACK!!


PENGENALAN ADDA DENTAL PADA TAHUN 2016

exterior of klinik pergigian adda johor bahru

Salam/hello semua,
Klinik Pergigian Adda adalah sebuah klinik pergigian yang ditubuhkan pada tahun 2016.Pada peringkat awal penubuhan klinik pergigian jb ini tidaklah semudah yang kita sangka.Pengasas Klinik Pergigian Adda JB ini adalah merupakan Dr Dalilah yang mempunyai pengalaman di bidang pergigian lebih 7 tahun.Sebelum menubuhkan klinik pergigian adda beliau banyak menimba pengalaman di Hospital kerajaan,klinik kerajaan dan klinik swasta. Beliau juga sangat meminati bidang orthodontic atau braces yang mana beliau sangat mementingkan hasil kerja beliau dan kepuasan pelanggan-pelanggan beliau.

Maka hasil dari persepakatan bersama Dr Dalilah dan suami beliau Dr Aizat.
Maka Dr Dalilah mengambil langkah berani dengan membuka klinik pergigian adda. Pada peringkat awal penubuhan klinik ini. Kekangan keewangan menjadi pencabar utama dalam menjayakan penubuhan klinik ini. Tapi atas bantuan keluarga, allhamdulilah klinik pergigian adda berjaya ditubuhkan pada jun 2016. Berikut adalah gambar2 semasa proses renovasi dan peringkat awal penubuhan adda dental.



Pada awalnya klinik pergigian adda di buka dari 9.30 pagi – 9.30 malam. And its exhausted!! dan Dr Dalilah akhirnya memutuskan untuk waktu operasi  klinik dari jam 9.30 pagi – 6.30 petang.Pada awalnya dugaan memang pelbagai ragam.Tapi ditempuhi dengan senyuman dan tangisan tanpa air mata. Allhamdulilah klinik pergigian adda mula melebarkan sayap dengan menambah satu lagi dental chair untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mula bertambah.Pada pertengahan 2017 kami memenuhkan kesemua bilik yang ada dengan 3 dental chair dan Dr Natalia dan Dr Faeqah turut menyertai adda dental family.



Kos Renovasi?? hehehe…
a) Renovasi 200-250k
b) dental equipment + xray 300k
c) air mata dan keringat = tidak ternilai
Heee….sekian sahaja buat masa nie…nanti kita sambung lagi ya..jari jemari dah lenguhh..
XOXO – Adda Dental

No comments:

Post a Comment

ADDA DENTAL THROWBACK

THROWBACK!! PENGENALAN ADDA DENTAL PADA TAHUN 2016 Salam/hello semua, Klinik Pergigian Adda adalah sebuah klinik pergigian y...